Monday, March 28, 2011

Panduan Program Latihan Hospital USM 2011

PERINGATAN DAN PANDUAN :

Untuk makluman Tuan/Puan,

LATIHAN DALAMAN

Sila maklumkan kepada UPSM sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum, berkenaan tarikh program yang akan dilaksanakan dan bagi mendapatkan bekalan dan peralatan yang disediakan oleh Unit Pengurusan Sumber Manusia HUSM ( rujuk perincian catatan yang diluluskan )


Sekiranya program latihan yang akan dilaksanakan tidak menggunakan pendaftaran secara On Line, ( atas sebab penggunaan smart card untuk pendaftaran secara On Line tidak dapat dilaksanakan ) maka tuan/puan perlu melaksanakan pendaftaran secara manual dengan menyediakan senarai nama kehadiran peserta yang lengkap:

Bil
Nama
Jawatan
No Staf
No. K/P
Jabatan/Unit
Tandatangan






pagi
petang
1
Ahmad bin Halim
JTMP
HB 20030
720103-03-5201
Makmal Patologi


2
Razak bin Ali
Pegawai Sains
MA 10335
650825-02-5660
Jabatan Neurosains




( bagi pensyarah pelatih USM (mempunyai no staf USM) perlulah mendaftar menggunakan no staf bukan no pelajar Sarjana ). Senarai pendaftaran kehadiran ini perlu dilampirkan bersama borang permohonan mata CPD (Penganjur Program) kemudian hantar ke UPSM setelah program dilaksanakan.

Bagi semua program latihan yang dikendalikan secara On Line pendaftaran kehadiran kursus ( KHUSUS program yang diluluskan dibawah peruntukan HUSM 2011 ), perlulah ,mengisi borang memohon mata CPD ( Penganjur Program ) dan dihantar ke UPSM 2 minggu sebelum program dilaksanakan.

Permohonan untuk menggunakan smart card perlu dibuat 2 minggu sebelum program dilaksanakan dengan emailkan kepada Pn. Norazilawati Mohamad : azila@kck.usm.my, Pn. Sabariah Yusak : sabariahy@kck.usm.my, Pn. Zubaidah Hussin : zubaidahh@kck.usm.my

dengan menggunakan SUBJEK: PERMOHONAN SMART CARD: PENDAFTARAN ON LINE

LATIHAN LUAR ( DALAM NEGARA )

1. Bagi latihan anjuran agensi luar USM semua staf jabatan/unit tuan/puan staf HUSM/ staf Bukan Akademik bagi PTJ selain HUSM perlulah memohon permohonan ke UPSM sekurang – kurangnya 2 minggu sebelum tarikh kursus walaupun hanya untuk pelepasan sahaja ( tanpa pembiayaan HUSM)

Mana-mana jabatan yang memohon latihan anjuran luar USM/Attachment luar USM yang yang dirancang dalam perancangan latihan 2011, perlulah memohon secara Ad Hoc dan akan dimajukan untuk pertimbangan pihak pengurusan HUSM.


LATIHAN LUAR NEGARA



1.Permohonan latihan ke luar Negara ( rujuk kelulusan sekiranya ada ) perlulah memohon/sampai ke UPSM 8 minggu sebelum tarikh latihan/kursus . Hanya staf HUSM dan Staf Bukan Akademik PTJ selain daripada HUSM yang telah disahkan ke dalam jawatan sahaja akan diproses permohonannya.



LATIHAN PENJANAAN PENDAPATAN


Mana-mana jabatan/unit yang merancang untuk melaksanakan program latihan penjanaan kewangan ( rujuk kelulusan perancangan latihan ) perlulah berhubung semula dengan Bahagian Latihan UPSM ( Pn. Syuhazlina Marini Awg. Mat dan En. Ahmad Afifi Hj. Ismail ) untuk perbincangan seterusnya sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum program dilaksanakan.


TUNTUTAN BAYARAN


Sebarang urusan tuntutan bayaran ( bil katerer/honorarium/bayaran penginapan penceramah dan lain – lain tuntutan, sebagaimana kelulusan ) perlu dihantar ke UPSM tidak lewat dari sebulan selepas selesai kursus.

Sila pastikan peruntukan yang diluluskan dengan yang dituntut kelak adalah sama.

Sebarang maklumat lanjut/kemusykilan silalah hubungi di sambungan :


3041/ marini@kck.usm.my ( Pn. Syuhazlina ),


3042 ( Pn. Wan Syarifah Aini – Skim U )

3044 ( Pn. Ida Haryati ),

3048/afifi@kck.usm.my ( En. Ahmad Afifi ),

3054 ( Pn. Norazilawati/Pn.Zubaidah/Pn.Sabariah)

3057 ( Pn. Fardilla/ En. Abdul Razak ( 3056 ) – Skim U )


SEKIAN, KERJASAMA DARIPADA TUAN/PUAN AMATLAH DIHARGAI DAN DIUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH



BAHAGIAN LATIHAN

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
HOSPITAL USM

Sunday, March 27, 2011

Human Capital Management System (HCMS)

Assalamualaikum wbt...

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa mulai tahun 2011, semua staf USM diwajibkan menggunakan sistem HCMS untuk tujuan penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LPPT). Manual Sasaran Kerja Tahunan sebagai panduan kepada tuan/puan boleh diperolehi dari paparan antaramuka Sistem HCMS iaitu dengan klik pada ikon buku di sebelah atas, kanan.

Untuk menyediakan SKT, tuan /puan perlu mengikuti langkah-langkah berikut iaitu ;

1. Melayari Portal USM 
2. Klick Campus Online/HCMS 
3. Masukkan ID dan Password 
4. Click SKT dan mulakan dengan mengisi Deskripsi Tugas.

Tarikh akhir bagi melaksanakan proses pengisian SKT ke dalam Sistem HCMS ialah sehingga 31 Mac 2011 (Khamis).

Keprihatinan dan kerjasama tuan/puan menjayakan bersama agenda ini amatlah dihargai demi meneruskan kecemerlangan Universiti Sains Malaysia.

Sebarang permasalahan berhubung perkara ini silalah hubungi saya menerusi e-mel (anislan@kb.usm.my) atau Encik Syamsurizan Kashmar Mohd. Nor di sambungan 3055. (Staf Hospital Universiti Sains Malaysia sahaja)

Selamat mengguna.

Terima kasih. 

Haji Anislan Yusof
Timbalan Pengarah UPSM, HUSM.

Thursday, March 24, 2011

Lawatan Kerja ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Shah Alam Pada 22 & 23 Mac 2007


Lawatan ini telah diadakan pada 22 & 23 Mac 2007 sebagai memenuhi agenda kecemerlangan pengurusan pentadbiran dan sistem kualiti di Hospital Universiti Sains Malaysia. Peserta-peserta yang terlibat ialah staf Unit Pengurusan Sumber Manusia dan wakil Jawatankuasa Pengurusan Kualiti Hospital USM. Lokasi lawatan ialah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan Malaysia, SIRIM Berhad dan Institut Tadbiran Awam Negara, Kampus Wilayah Tengah (INTENGAH). 

Thursday, March 17, 2011

Pencapaian 2010



1. LAPORAN PENCAPAIAN OBJEKTIF KUALITI UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA



OBJEKTIF KUALITI


STAF YANG MENCAPAI MATA MINIMUM CPD

STAF YANG TIDAK MENCAPAI MATA MINIMUM CPD



JUMLAH STAF HUSM

MENSASARKAN 100 PERATUS STAF HUSM MENCAPAI KEPERLUAN MATA MINIMUM CPD SETIAP TAHUN



2667 ORANG



201 ORANG


2868 ORANG
PERATUS (%)
93 %
07 %
100 %

2. LAPORAN PENCAPAIAN PENGEMASKINIAN DATA HRMIS


MAKLUMAT


STATUS PERATUSAN


PENGIKTIRAFAN

Status Pengumpulan Data (Profil Perkhidmatan) Ke Dalam Pangkalan Data HRMIS


Status Pengumpulan Data (Profil Peribadi) Ke Dalam Pangkalan Data HRMIS


93.95 %




97.73 %




Sijil Kecemerlangan Daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Bahagian-Bahagian Kami

UPSM MENGANDUNGI 4 BAHAGIAN IAITU :

A. PERKHIDMATAN :

Aktiviti dijalankan ialah ;

1. PENGISYTIHARAN HARTA
2. PINJAMAN/PERLANJUTAN PINJAMAN/PERTUKARAN TETAP
3. PEPERIKSAAN DAN PENGESAHAN JAWATAN
4. PERLETAKAN JAWATAN
5. PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
6. PENGURUSAN PENCEN ~ WAJIB, PILIHAN, TERBITAN 
7. KENAIKAN PANGKAT/PENYERAPAN JAWATAN TETAP
8. TATATERTIB
9. LAPORAN NILAIAN PRESTASI TAHUNAN
10.PENGURUSAN CUTI
11.GAJI DAN ELAUN
12.SKIM PERUBATAN STAF
13.SKIM PINJAMAN PERUMAHAN
14.ANNUAL PRACTICING CERTIFICATE (APC) BAGI PEG. PERUBATAN, PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN & JURURAWAT

B. PENGAMBILAN :

Aktiviti dijalankan ialah ;
1.ANGGARAN BELANJAWAN MENGURUS ~ PERJAWATAN HUSM
2.PROSES PENGAMBILAN/PENGREKRUTAN STAF TETAP, SEMENTARA DAN KONTRAK
3.PENGURUSAN PERLANTIKAN PELATIH PARAMEDIK ~ (CARTA ALIR DISEDIAKAN)
4.PENGURUSAN PERLANTIKAN DAN PERKHIDMATAN SERTA PENAMATAN STAF BUKAN WARGANEGARA

C. LATIHAN : 

Program-program latihan yang dianjurkan oleh Bahagian Latihan, UPSM adalah menekankan 3 aspek utama iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai peribadi peserta/staf.

1. Ilmu Pengetahuan – program yang dirancangkan akan disertakan dengan ceramah-ceramah daripada penceramah yang berkaliber dengan topik-topik yang difikirkan perlu dan amat penting ke arah meningkatkan pengetahuan staf.

2. Kemahiran – program latihan ini juga akan disertakan dengan kemahiran- kemahiran staf terutama kemahiran dalam menyelesaikan masalah, kemahiran semangat kerja berpasukan, kemahiran menghadapi situasi sukar, kemahiran kepimpinan, kemahiran berfikir dan sebagainya. Banyak aktiviti-aktiviti yang menjuruskan ke arah kemahiran ini seperti membina tugu/jambatan, soalan berfakta, melukis wajah menara KLCC, melerai paku, menyumpit belon dan sebagainya.

3. Nilai-nilai peribadi – program latihan juga disertakan dengan pemantapan nilai-nilai peribadi peserta/staf iaitu mengadakan kuliah-kuliah Maghrib, Qiamullail dan sebagainya.


BILANGAN PROGRAM LATIHAN ANJURAN UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


KURSUS ANJURAN UPSM


KURSUS DALAM 
NEGARA *

KURSUS LUAR NEGARA **

BIL. PROGRAM
BIL. STAF TERLIBAT
BIL. PROGRAM
BIL. STAF TERLIBAT
BIL. PROGRAM
BIL. STAF TERLIBAT
180
2263
1683
835
05
10

* termasuk kursus anjuran INTAN, Wilayah Timur, Terengganu.
** perbelanjaan bagi tahun 2010 adalah sebanyak RM 36,200.30.

1. PENGANJURAN PROGRAM LATIHAN

2. PENGURUSAN LATIHAN LUARAN

3.ANGGARAN DAN PENGAWALAN BELANJAWAN PROGRAM LATIHAN TAHUNAN HUSM

4. MENGURUSETIAKAN PROGRAM CPD DI HOSPITAL USM

5. PENGURUSAN LATIHAN INDUSTRI/PENEMPATAN PELAJAR/STAF

6. PENGURUSAN CUTI BELAJAR PENTADBIRAN 


D. KAUNSELING :

Aktiviti dijalankan ialah ;
1. PERTUKARAN/PERPINDAHAN

2. PENGESAHAN DALAM JAWATAN

3. KHIDMAT KAUNSELING DAN NASIHAT

4. PELEPASAN DENGAN IZIN

5. PENEMPATAN STAF

Perkhidmatan Kami